Monday, November 18, 2013

Malaikat kecil

Hai Iman, ingat umi tak? Umi dengan abi sehat-sehat kat sini. Iman sehat? Iman buat ape tu? Umi tak boleh tido la, tadi umi balik keje lambat, abi dh tido penat berniaga sorang-sorang. Umi x tlg abi sbb umi keje malam. Umi rindu la kat iman. Sebab iman jauh. Umi x dpt nk rasa bgn malam2 tukar lampin iman, bagi susu kat iman... Gaduh ngan abi sapa yg kena tukar lampin imah hihi... Takpe lah umi harap iman bahagia kat sana k. Igt umi n abi slalu k. Doa kan tuk umi n abi supaya kita dot jumpe lagi. Rindu Iman mwahhh... Assalamualaikum.

Saturday, September 21, 2013

Cara Mengatasi Simptom Emosi Tidak Stabil Ketika Haid

Ehem... 

Lain macam je post arini. Hihi... Saja je nk share ngan girlfriends kt luar sana. Setiap bulan mesti peod(period) kan? Pastu itu jam lah perangai berangin tetiba dtg kan... Dulu aku pon camtu gak. Bila time peod ada je perangai pelik2, suka marah2 la... Moody... Tibe2 jadi malas, ohhh kenapa aku ckp dulu. Sebab aku skang dah x peod, hmm (atas faktor-faktor kesihatan) oklah xmo cite la part tu. 
     Ok berbalik pada simptom2 semasa haid ni... Sebenarnya yg buat aku nak share cite ni sbb ada kawan opis aku nama kak ton ( bukan nama sebenar), kak ton ni kalo peod mesti suke marah2. Kadang2 aku perasaan yg dia kalo nk marah mesti marah aku. Eh eh eh... Dh lama aku perati... Sbnrnye aku ngan kak ton closed fren kalo kt opis kire bff la. Tp bile dia peod mesti weols dh x jadi bff hihi... Dah tu bile bergurau lebeyh2 je nk sentap.... Motip? Dulu mula2 kawan aku bengang gak.... Siap gaduh berhari2 la malas aku nk tegur dia. Tp bile aku perati balik bila time peod je dia camtu. Bile ari lain ok je... Gurau laahh kasar camne pon kak ton layan je iolsss hihi.... 
     Orait.... So mgu ni kak ton peod, smlm bergurau kasar ngan dia ttbe dia sentap terbawak2 sampai arini. So aku rasa mcm k fine! Ni mesti peod. Then bile tnye...sah btol ngah peod. Ni aku google tgk napa perangai2 tu datang time period, bukan sebab kak ton tu. Aku just google sbb aku pon penah berperangai camtu n aku rasa adik2 kakak2 kat luar sana pon mesti sama kan. 
Dari hasil en. Google, jumpe satu blog ni http://cikzura95.blogspot.com, dia ada cite pasal simptom semasa haid. Aku copy separuh jelah eh... Yang lain2 uolss bace la kt blog kakak tu :


saya pernah tanya dengan ustazah , kenapa masa datang bulan , rasa nak marah jeeee.
selain faktor biologi yang mengatakan wanita ada 4 hormon dan masa datang bulan tu hormon tak berapa nak stabil , ustazah saya cakap kita rasa nak marah sebab waktu datang bulan tu kita TAK SOLAT . jadi, masa tu hubungan kita dengan Allah agak jauh berbanding hari yang kita tak period. 

CARA MENGATASI - Prof Dr Muhaya 


Soalan : Prof , walaupun saya berasa segan , tapi saya mahu bertanya juga. Bagaimana kita dapat mengendalikan emosi kita apabila kita sedang datang bulan ? Saya perasan apabila saya berada pada " masa itu " perasaan saya menjadi kurang stabil dan mudah naik angin.Kadangkala ada je perkara yang tidak kena pada mata saya. Mohon tip daripada prof yang saya hormati.


Jawapan : Kita banyak dipengaruhi oleh kata-kata media. Menurut media , sekiranya kita didatangi haid , kita mengalami Pre Menstrual Tension( PMT )
 iaitu pra ketegangan haid.
Sistem kepercayaan kita mengatakan , wanita begitu dipengaruhi oleh hormon. Dari segi biologi , wanita sememangnya mempunyai hormon , tetapi ramai juga orang yang tidak mengalaminya.
Mengapa kita mengalami PMT ? Ini kerana , sistem kepercayaan dan tabiat kita datang daripada minda bawah sedar. Kita sudah meletakkan program PMT dalam minda kita. Apatah lagi apabila kita melihat ibu dan adik-beradik perempuan kita juga mempunyai PMT , lalu kita pun terikut mempunyai PMT. 
Sebenarnya , diri kita yang mengendalikan emosi sendiri. Kita memilih apa yang kita mahu rasa. Bukan disebabkan hormon. Kita yang membuat pilihan pada perasaan kita tu. 
Justeru , apa yang perlu kita rasakan ? Kita perlu sentiasa berasa baik , bersyukur dan bergembira menjadi orang yang baik , berhemah dan berlemah lembut. Lafaz kata-kata yang baik pada diri kita 
Terdapat dua perkara yang kita perlu jaga pada setiap hari , iaitu perkataan yang kita katakan pada diri kita , dan jangkaan kita pada hari itu.Pastikan kita sentiasa menjangkakan perkara baik. .
Sekiranya kita menjangkakan lagi seminggu kita akan mengalami PMT , lalu akan terjadi PMT kerana itu adalah jangkaan kita. Manusia sentiasa mendapat apa yang dia jangkakan. , bukan apa yang dia hendak . Ramai orang mempunyai kehendak , tetapi mereka tidak memperolehnya. kenapa ? Ini kerana mereka tidak menjangka dan berfikir yang mereka mampu mendapatkannya 
Heee oklah tu je nak share. Bile aku x period ni aku x brapa nk perasan bile mood2 aku berubah2 aku rasa biasa je. Jadi btol lah prof. Muhaya ckp, pucuk pangkal hati kita sndri, kita yg kena kawal diri kita sndiri. Hehehe.... K lah uncle jul dh panggil tido. Till then.... Toodlessss!!!!

Friday, July 19, 2013

Kun Fa Ya kun

Terkadang aku terfikir kenapa ini semua terjadi pada diriku,adakah ini balasan keatas dosa2 yg aku lakukan? apakah Allah tidak mengasihani aku. Berdosakah aku berfikiran seperti itu? Astaghfirullah al azim kenapa aku mempertikaikan kehendak Allah. Dia bukan tidak kasih pada aku kerana kasih lah Dia menguji ku. Bukan aku tidak redha pada ketentuan-Nya tetapi ada saja bisikkan hati selalu ingin tahu kenapa ini semua berlaku pada ku. Di saat aku terlalu memikirkan semua ini, mengapa tidak aku mendekat kan diri pada-Nya, merintih, meratap pada-Nya memohon supaya diberi kekuatan untuk aku teruskan kehidupan dunia yang banyak dugaan dan cabaran. Aku yakin Dia telah menyusun sesuatu buat ku. Jika ku lebih istiqamah pada-Nya pasti ada ganjaran yang hebat menantiku disana kelak. Disini adalah sementara yang ku harapkan adalah bekalan ku disana. Ya Allah kau kuatkan lah hati ku untuk lebih dekat pada-Mu dan berubah ke arah kebaikkan. Kejahilan ku, ke khilafan ku, ke sombongan ku, harap kau ragut pergi... Jangan Kau biarkan aku tinggal dalam keadaan munafik.

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung


Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah


Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA



Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..


[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan:"Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

Thursday, July 11, 2013

Mama ain baby

Hye... Slm jumaat punya la lama tak post ape2 hmmm tibe2 plak arini nk post something. Tak de ape pon yg best cume tgh dok diam2 kat opis ni teringat lak mase berbual ngan mama kt pasar tani tmpt abi niaga. Kite org ni suke naaa perhatikan bby2 yg lalu ngan mak or abah dorang, comel2... Skali mama ckp kt aku, "dulu abah ada ckp kt mama ain tu kalau dpt bby nti mesti anak dia lawa, yelah zul(abi kita) tu ada rupe ain pun cantik(hehe cntik la sgt) mesti kalah muaz( anak kakak)". Aku senyum jelah pastu mama sambung lagi " tp rupenya xde rezeki...." Masa tu mata mama dh berlinang air mata. Aku pun rase sebak tp aku tahan aku tak nak mama lagi rase sedih. Tuhan tu maha adil, mana tahu nti kat syurga aku mmg ada baby yg comel :) macam gambar baby yg kt bawah ni hehe 
Kemain lagj dia menongkat dagu ye... Eiiii cubit nak?

Tuesday, April 2, 2013

Pelangi Senja

Sebenarya aku x biasa sgt kongsi cerita sedih sbb biasanya suke makan dalam. So yeah! aku dlm kesedihan walaupun apa yg terjadi aku perlu teruskan kehidupan, aku ada suami yg terbaik yg sayangkan aku...aku ada family g sentiasa ambil berat pasal aku. Jadi aku xde alasan tuk terus bersedih. Life must go on yeahhhhhhh! bye salam...

Wednesday, March 13, 2013

La tahzan

Aku tidak akan punya satu pun. Tidak akan. Tp aku redha Ya Allah kerana kau maha mengetahui

Monday, February 11, 2013

Cemburu

Assalamualaikum... 2-3hr ni selalu sgt sensitif kalo tgk facebook kawan2 yg ada baby... :'(
Nape ntah? Bersabar lah wahai hati la tahzan.

Mungkin Allah ada perancangan -NYA utk aku n abi. Walau ape pun aku bersyukur punya suami yg paham akan keadaan aku.

Erm next week aku ada minor operation lagi. Macam tahun lepas. Doktor ckp ug buat tahun lepas tu sample yg diambil tak cukup so kn wat lagi alahai.... Aku tak nak buat, nenek pon ckp cube tnye doktor tu ada cara lain tak? Tp mama n abi suh buat jugak. Kate mereka biar sakit skiti jgn nti sakit terok dikemudian hari.

Ok lah malas nk cite pasal tu. Yang penting aku rindu anak aku muaz hehehe tu anak buah aku anak kakak, lame noooo ibu dia bwk balik kampung. Rasenye arini dorang balik....yeppa!

Errrr lapo lah plak! Ok lah till then babai!









Tuesday, January 15, 2013

Home sweet home

Sabtu lepas adalah secara rasminye m n abi moved to new home. Heee xde rumah baru mana, before tis mama sewa umh ni tuk jadikan tmpt simpan brg n masak tuk niaga yelah coz umh yg kepong tu umh apartment. Sini umh teres umh atas tanah. So yg membuatkan ku pindah kesini sbb family aku pas ni akan pindah ke rawang maka jauh la dr opis. Igt nk sewa umh lain tp abah pujuk suh duk sini... Sini tu kat mana? Hehehe damansara damai.... Damai nooooo la tmpt ni... Pohon merimbun pagi2 dgr kokokan ayam hehe.. So far ok la umh ni pon masa pindah org yg sgt bertungkus lumus adalah abi. Habis dia kemas satu umh coz umh ni sblom ni x serupa umh macam stor heheh.... Thx abi. Since dok sini yelah ada jiran kiri kanan, aurah nk kna jaga.... Nk kuar jemur kain nk kena pakai tudung n alhamdulillah suami ku sgt menjaga aurah ku, kalo aku ngah masak kt dapur pintu dpn terbuka luas dia akan pasti kan pintu tertutup sikit sbb pintu tu direct leh npk dpur, n jiran sblh ni suke bwk geng lepak dpn umh. Hmmm selain dr tu xde pe lh cume kadang2 tu rindu kat mama, abah , nenek.... 28thn aku x pernah kuar umh ini lah buat kali pertamanya aku keluar n hidup berdikari tp aku tahu aku x keseorangan aku ada abi yg sgt syg kan aku dan akan sediakan segala serba serbi tuk aku alhamdulillah... Umi loveeee abi so much!