Saturday, September 21, 2013

Cara Mengatasi Simptom Emosi Tidak Stabil Ketika Haid

Ehem... 

Lain macam je post arini. Hihi... Saja je nk share ngan girlfriends kt luar sana. Setiap bulan mesti peod(period) kan? Pastu itu jam lah perangai berangin tetiba dtg kan... Dulu aku pon camtu gak. Bila time peod ada je perangai pelik2, suka marah2 la... Moody... Tibe2 jadi malas, ohhh kenapa aku ckp dulu. Sebab aku skang dah x peod, hmm (atas faktor-faktor kesihatan) oklah xmo cite la part tu. 
     Ok berbalik pada simptom2 semasa haid ni... Sebenarnya yg buat aku nak share cite ni sbb ada kawan opis aku nama kak ton ( bukan nama sebenar), kak ton ni kalo peod mesti suke marah2. Kadang2 aku perasaan yg dia kalo nk marah mesti marah aku. Eh eh eh... Dh lama aku perati... Sbnrnye aku ngan kak ton closed fren kalo kt opis kire bff la. Tp bile dia peod mesti weols dh x jadi bff hihi... Dah tu bile bergurau lebeyh2 je nk sentap.... Motip? Dulu mula2 kawan aku bengang gak.... Siap gaduh berhari2 la malas aku nk tegur dia. Tp bile aku perati balik bila time peod je dia camtu. Bile ari lain ok je... Gurau laahh kasar camne pon kak ton layan je iolsss hihi.... 
     Orait.... So mgu ni kak ton peod, smlm bergurau kasar ngan dia ttbe dia sentap terbawak2 sampai arini. So aku rasa mcm k fine! Ni mesti peod. Then bile tnye...sah btol ngah peod. Ni aku google tgk napa perangai2 tu datang time period, bukan sebab kak ton tu. Aku just google sbb aku pon penah berperangai camtu n aku rasa adik2 kakak2 kat luar sana pon mesti sama kan. 
Dari hasil en. Google, jumpe satu blog ni http://cikzura95.blogspot.com, dia ada cite pasal simptom semasa haid. Aku copy separuh jelah eh... Yang lain2 uolss bace la kt blog kakak tu :


saya pernah tanya dengan ustazah , kenapa masa datang bulan , rasa nak marah jeeee.
selain faktor biologi yang mengatakan wanita ada 4 hormon dan masa datang bulan tu hormon tak berapa nak stabil , ustazah saya cakap kita rasa nak marah sebab waktu datang bulan tu kita TAK SOLAT . jadi, masa tu hubungan kita dengan Allah agak jauh berbanding hari yang kita tak period. 

CARA MENGATASI - Prof Dr Muhaya 


Soalan : Prof , walaupun saya berasa segan , tapi saya mahu bertanya juga. Bagaimana kita dapat mengendalikan emosi kita apabila kita sedang datang bulan ? Saya perasan apabila saya berada pada " masa itu " perasaan saya menjadi kurang stabil dan mudah naik angin.Kadangkala ada je perkara yang tidak kena pada mata saya. Mohon tip daripada prof yang saya hormati.


Jawapan : Kita banyak dipengaruhi oleh kata-kata media. Menurut media , sekiranya kita didatangi haid , kita mengalami Pre Menstrual Tension( PMT )
 iaitu pra ketegangan haid.
Sistem kepercayaan kita mengatakan , wanita begitu dipengaruhi oleh hormon. Dari segi biologi , wanita sememangnya mempunyai hormon , tetapi ramai juga orang yang tidak mengalaminya.
Mengapa kita mengalami PMT ? Ini kerana , sistem kepercayaan dan tabiat kita datang daripada minda bawah sedar. Kita sudah meletakkan program PMT dalam minda kita. Apatah lagi apabila kita melihat ibu dan adik-beradik perempuan kita juga mempunyai PMT , lalu kita pun terikut mempunyai PMT. 
Sebenarnya , diri kita yang mengendalikan emosi sendiri. Kita memilih apa yang kita mahu rasa. Bukan disebabkan hormon. Kita yang membuat pilihan pada perasaan kita tu. 
Justeru , apa yang perlu kita rasakan ? Kita perlu sentiasa berasa baik , bersyukur dan bergembira menjadi orang yang baik , berhemah dan berlemah lembut. Lafaz kata-kata yang baik pada diri kita 
Terdapat dua perkara yang kita perlu jaga pada setiap hari , iaitu perkataan yang kita katakan pada diri kita , dan jangkaan kita pada hari itu.Pastikan kita sentiasa menjangkakan perkara baik. .
Sekiranya kita menjangkakan lagi seminggu kita akan mengalami PMT , lalu akan terjadi PMT kerana itu adalah jangkaan kita. Manusia sentiasa mendapat apa yang dia jangkakan. , bukan apa yang dia hendak . Ramai orang mempunyai kehendak , tetapi mereka tidak memperolehnya. kenapa ? Ini kerana mereka tidak menjangka dan berfikir yang mereka mampu mendapatkannya 
Heee oklah tu je nak share. Bile aku x period ni aku x brapa nk perasan bile mood2 aku berubah2 aku rasa biasa je. Jadi btol lah prof. Muhaya ckp, pucuk pangkal hati kita sndri, kita yg kena kawal diri kita sndiri. Hehehe.... K lah uncle jul dh panggil tido. Till then.... Toodlessss!!!!