Thursday, January 28, 2016

Cerita Semalam.

Assalamualaikum alls!

Saja nak share gambar semalam. Since abah sakit, memang rutin kalo abah pergi hospital ngan mama Tianne akan ambil dorang dari hospital untuk bawak balik rumah. Pagi-pagi pergi hospital adik bongsu tianne Asha akan hantar dorang. Asha n husband tinggal ngan mama dan abah. If ada appointment hospital sebelom pergi keje asha n husband dia akan hantar mama n abah kt hospital Sg.  Buloh then bile time balik mama akan call Tianne suh ambil dorang dan hantar balik ke Rawang. Itu lah rutin Tianne sejak abah sakit. Awal pagi Tianne akan bz ngan mama dan abah nti petang Tianne masuk keje. For now memang mintak ngan bos tuk kerja malam. Senang in case mama nak apa-apa, kalau malam Asha ada.

Keadaan abah makin baik sekarang tapi dia masih lagi berkerusi roda tak boleh jalan. Selalu lepas balik check up mama akan ajak gi makan. Tak kesah laaa gi mana-mana. Selalu nya kiteorg pegi Jusco Anggun kt Rawang. 
Ni gambar semalam, kebetulan Uncle Jul off semalam, so dia follow. Kalau ada Uncle Jul best sebab dia akan angkat abah hehehe kalau Uncle Jul takde Tianne lerrr angkat abah sorang sorang 😅😅😅 


Ni abah Tianne. Abah masih pakai tiub. Sebab abah masih tak boleh telah air dengan baik. Kalo minum air pakai cawan tu kena letak THICKER tuk bagi pekat skit, mama akan bagi ubat and susu melalui tiub tu.


Semalam kiteorang makan kat Chicken Rice Shop. Selalu makan kt food court je, tapi semalam mama teringin nak makan chicken rice shop.


Ni lah mama Tianne, orang panggil dia Cik yon. Orangnya lembut, baik hati dan disenangi orang. Hehe terpuji mama kita plak


Memang favourite dia la kan nasi ayam.

 
Last but not least yours truly hehe

Oklah nak mandi, nak gosok baju Uncle Jul nak gi keje. Arini kami dua-dua night shift. 
Toodlesssas 
❤️❤️❤️❤️




Wednesday, January 27, 2016

Sepetang bersama Cik Puan @nisaahmad

Last weekend ngedate bersama business partner Tianne, Nisa. Dia lah orang yang bertanggungjawab menggerak kan tianne buat business SHOM ni. Dari Tianne zero sampai la sekarang dah ada ilmu skit dia lah yang banyak bimbing selain dari rakan-rakan dari group #TheNextProject. 

So ini cerita kami menghabiskan cuti perayaan thaipusam aritu :p
Takde ape sangat aktiviti selain makan, makan, dan terus makan. Hehehe... Sambil-sambil tu kami banyak discuss hal business. Memang kalo lepas jumpe si Nisa ni semangat nak meningkatkan sales memang berkobar-kobar la kan. 
Ini laaa dia si comey lotey Nisa Ahmad haaa comey2 gini anak dah sorang okay.

Aritu kami keluar bertiga, Tianne, Nisa and anak teruna Nisa, Aidil. Kami lunch di KL Festival, makan kat Suki-ya kedai japanese steambot buffet. Harga berpatutan dan sedap, highly recommended! 


Huhu tengok tu... Memang lama lah kami kat situ. Makan slow-slow sambil menikmati. Haa tu laa anak teruna Nisa si  Aidil. Syok keluar ngan Aidil ni sporting. Melayan je perangai tak semenggah ibu dan anty anne dia ni.

Lepas makan kami pusing-pusing dalam Mall je, Nisa nak belikan Aidil sim card phone baru. So dah lepas tawaf mall tu tetiba... TETIBE YE! Hehe rasa nak mengopi, lantas... Kami pon berjalan kaki ke seberang untuk mencari secawan kopi. Gitu! Pilihan kami Zawara Coffee sebelah KL Festival je so tak payah bawak kereta, sbb kiteorg dh parking kt jockey KL Festival.  Zawara Coffee ni betol2 sebelah Malis Char kuey tiow. Bagi pencinta Malis Char kuey tiow Danau Kota mesti tahu punya. 

Apa lah yang di order 2 beranak tu. Tianne masa ni mintak Nisa order kan Coffee Butterscoth Frape. Rasa boleh tahan, harga pon berpatutan.

Haaa jeng jeng jeng ini lah minuman kami, yang kiri Tianne punya, tengah Aidil punya then yg kanan Nisa punya.


Ni Nisa yang order. Ape ke ntah nama nya yg Tianne igt Oreo je. Rasa sedap. Light-light je tak muak sangat.

Ni makanan si baby boy Aidil, Nutella choc Toast. Alaaahhh roti bakaq nutella huhu. Tianne ada rasa sikit, ok boleh tahan budak2 suka la... 


Punya lama lepak sebab kami tunggu Ika@Sapika, office mate Tianne merangkap my partner in crime and also MY BAM BAM. Budak ni punya laaa lama nak sampai sebab dia teman mama dia belanja dapur kt aeon big wangsa maju. Lantas Tianne pon ter order Churros itu hahaha. Tu je pon nak bagi tahu :p

Ha sampai-sampai terus order Buffalo Chic Wing. Lapar katanya. Tadi teman mama dia je makan dia tak makan. Hmmm boleh percaya ke huhu. Tu ngah ready pakai plastic glove nak melahap chic wing. Sekutu bersama adalah Aidil.


Yang tua perangai mengalahkan budak heheh...



Lepas borak-borak, abis chic wing kami pon beransur laaa pulang. Takut plak kena halau ngan waiter Zawara Coffee ni hehe pasal lama benar melepak ni suma salah si Sapika pasal dia sampai lambat. 

Tadi datang Tianne naik kereta ngan Nisa, kereta Tianne parking kt rumah Nisa . Tapi time balik Sapika suh naik ngan dia sebab nak teman dia cari makan lagi. Nisa n Aidil kena pulang pasal big boss dorang kt umah dah panggil balik hehe...so nti sapika anto Tianne kt umh Nisa.


Ini je pun makanan yang Sapika idam-idamkan. Huhu senang jaga budak ni untung schuben dia. Ni kiteorang makan cucuk-cucuk depan Ampang Park. Lepas makan cucuk-cucuk Sapika pon anto Tianne umah Nisa and Tianne pon pulang laaa ke rumah. Itu jelah holiday activities Tianne hehe... Hope korang tak bosan laa tengok gambar makanan je. Hahahaa.... Toodles!












Tuesday, January 26, 2016

Jalan-jalan KK (part 1)

Howdy!
Rasanya entry ni dh basi sangat dok peram bukan main lama. Last year punya cerita hehehe. Alkisah last year during Christmas (25th-29th Dec 2015)my schuben Uncle Jul plan nak bercuti. Mostly every year kami mesti balik Sandakan kampung dia, tapi tahun ni Uncle Jul plan ngan family dia nak bercuti di Kota Kinabalu (kk). Actually adik beradik uncle jul memang ramai menetap di KK, yang tinggal di Sandakan cuma mummy, abah dan family Kak Sheera, yang lain family Abg Harzam, Kak Widya semua di KK. Adik Uncle Jul yang bujang Fahd n Yazeed pon di KK. So Uncle Jul cakap ayuh la ke KK. Plan nak pigi Kundasang nak jalan-jalan di Dairy Farm di Mesilau selain tu nk tengok Gunung Kinabalu. Tianne memang teruja la coz selalu tengok kat TV and gambar je kan. Plan asal nak pegi hotspring sekali tapi cancel last minit pasal sampai di Mesilau pun dah lewat hehe. Perjalanan sangat la adventure for me la dorang yang lain tengok steady je. Perjalanan mcm nak naik Cameron Highland tu tp perjalanan ke Cameron jalan berbukit dan berpusing-pusing tu ambil masa kira dalam 1 jam je kan ni bayangkan 4-5jam gitu. Walaaaweiiii.... Tianne yang dah biasa drive ni bile jadi penumpang memang lembik la rasa nak muntah suma lengkap. Tapi buat-buat. Steady je lah pasal tengok yang lain okay je. Okay laa since cerita dah lama sangat Tianne pon dah banyak lupe hehehe kita layan gambar lah, ni gambar pergi Kundasang-Mesilau-Ranau-KK


Ni kat KL lagi, budak Comey @nisaahmad tolong anta kt TBS


 Masih di KL hehe Uncle Jul terpaksa laaa layan isteri dia yg suka berselfie ni



Tungu nak take off.


Okay ni dah sampai Airport Kota Kinabalu. Sampai je kiteorang cari mummy n abah, pasal dorang pon naik flight dari Sandakan. Family Kak Sheera dah sampai sehari sebelum kami.

Ni mummy Uncle Jul my mother in law. Cikgu pencen. Hehe orang taman rimba mesti kenal kan Cikgu Hajjah Tessie. Dah jumpa mummy abah, kami tunggu Yazeed adik bongsu Uncle Jul, kejap je Yazeed kerja di Airport ni. Yazeed baru lepas grad dip in tourism so sementara tgu mo sambung degree dia kerja dulu di Company Kereta Sewa. Haaa sapa-sapa nak jalan2 KK boleh contact Tianne nanti Tianne bagi contact Yazeed tapi yang nk berkenalan tu harap maaf la dia dh berpunya hehe... 

Yang depan tu la Yazeed adik Uncle Jul, haa ensem kan like his brother laaa heloo buli bah kalo ko 😜 

Ni dekat Tanjung Aru, sebenarnya ni on the way nak pegi rumah Abang Harzam dan Kak Mag. Saje singgah nak tunjuk kat budak KL ni hehe... Lagi tunggu time nk check in hotel. Walaupun nampak terik tu tapi masa tu baru pukul 10 pagi, check in pukul 2 petang. Kejap je amik2 gambar then gerak umh Abang Harzam, igt nak makan kt situ tapi kedai suma baru mula operasi. So tak jadi la kami breakfast di rumah Abang Harzam je.


Lepas pergi rumah Abang Harzam, masih lagi awal nk check in so Abah ajak makan sup kat tempat favorite dia, tianne pon tak ingat nama tempat ni tapi mcm dekat2 dengan Bus Stand 😜. Abah makan sup tulang, mummy makan meehun sup, tianne makan bakso, uncle jul n yazeed tianne lupe laa makan apa sebab x snap pic

Tianne makan ni Bakso, mak aihhh sedap okay, ni kecur air liur masa menaip. Hmmm terkenang kenang.






Lepas makan kami semua gerak ke hotel untuk check in, tp bilik tak ready lagi lantas terdampar laaa selama 1 jam di lobi. Kami stay di Grand Borneo Hotel, hotel ni sebelah Shoppping Mall 1 Borneo Sabah, hotel dan mall ada connection memang best sangat la kan. 2 malam je kat sini sebab hotel ni jalan mengarah ke Kundasang. So senang nak gerak. Ouhh plan ke Kundasang keesokkan hari nya. Family Kak Sheera duduk hotel sebelah, pasal hotel kami fully booked. Uncle Jul mmg dah awal2 booking 2 bilik tuk kami and mummy dan abah. Tapi swimming pool hotel Kak sheera lagi best :p
Hari pertama takde apa la sangat lepak hotel jalan2 kak 1 Borneo jelah. Malam kami dijemput dinner di rumah auntie  Uncle Jul. So lepas Maghrib Tianne pon siap-siap nak pergi rumah auntie Sarma 

Yang cik abang tu bantai tido. Jet leg ke uols hahaha. Penat pikul beg sebenarnya tu. Hmmm bangun lahhh tianne masa ni memang dh lapar ya amat. Last tadi makan bakso jelah. 

Ni kat rumah auntie Sarma. Auntie Sarma yang paling kanan tu, yang tengah 
Uncle Kennedy , uncle ken n auntie Sarma adik mummy. Malam tu kami di jamu nasi briyani, ayam kurma and sayur campur. Sumpah sedap, auntie Sarma memang pandai masak, gambar makanan memang tak sempat snap pasal dah lapar sangat :p
Ok yang 3 belakang tu sepupu Uncle Jul, yang sebelah Uncle Jul dan yang paling kanan tu anak auntie Melinda, auntie Melinda time ni tak de dia pegi Pulau Pinang. Dan yang baju merah tu(bukan baju merah sebelah tianne taw) haaa yang tu anak Auntie Sarma, Ibrahem. 

Lepas makan kami pon mintak diri balik hotel. Sampai hotel ape lagi tidur laa... Sebab esok awal pagi nak gerak pigi Kundasang. Oklah mata Tianne pon dah berpinar yelah update blog guna ipong memang tak efficient lansung.... So aktiviti ke Kundasang kita sambung next entry laa ehh... Jangan marah! Ok meh belanja teaser skit gambar kt sana



Gitewwww! ❤️❤️❤️❤️

Toodlessss!

Friday, January 1, 2016

The Best Product Ever

 






For more info do not hesitate to contact me.

AnneDyana
#premiumbeautifulexpert