Wednesday, March 30, 2016

Weekend activities

Hai... Haloo.. Halooo


Entry kali ni saja nk share aktiviti Tianne hari sabtu yang lepas. Kebetulan pula offday hari sabtu. Orang kerja shift macam Tianne ni memang la gembira sangat kalau dapat cuti weekend hehe.  So kesempatan yang ada Tianne pergi stockiat Haio kt Shah Alam, stockist CDM Safiah. Nak dating ngan Uncle Jul tak dapat sebab dia kerja huhu... So pergi lah ke stokis top up barang n beli order barang customer and partner. Tianne dah janji dengan CDM Izan dan wife nya kak yati nak jumpa kat sana, sebab kak Yati nk beli tudung Tianne jual. Thank you kak Yati sempat grab 2 helai.
Lepas punch in barang CDM Izan ajak lunch dulu yelah smp pon dah tengahari kami makan di restoran yang berdekatan dengan stokis.
CDM Izan dan kak Yati busy memilih lauk hehe..

Muhaimin anak bongsu CDM Izan dan Kak Yati, jangan tak tahu Muhaimin ni suka cerita hindustan dan pandai bergaya depab kamera taw.

Yang ni anak sulung CDM dan Kak Yati. Nama dia Dijah, tak silap Tianne umur dia 10tahun

Yang pegang tab tu anak ke-3 nama Lukman, yang sebelah tu anak ke-2 rasanya nama dia syuhada. Bagus anak-anak CDM Izan dan Kak Yati ni semua tertib je seronok tengok depa especially tengak keletah yang bongsu yang itu banyak akal sikit hehe..

 
Gambar ni Dijah yang ambil kan. Pandai Dijah ambil gambar nampak Tianne slim skit ehehe. Lepas lunch Tianne pun memohon diri untuk beredar, Tianne nak pergi rumah Ika bff Tianne tu hihi dan nak cod barang customer. Ouhh tajaan makan tengahari adalah dari CDM Izan heee tq CDM.

Haa ini laa tudung yang Kak Yati beli dengan Tianne. Manis je dua beranak ni pakai tudung Tianne, satu jenis tudung boleh pakai bermacam gaya. Sesapa yang suka tanpa sengaja tu boleh cekidut kat page Tianne ye, FB: AnneDyana Beauty House

Sampai rumah Ika pon dah lewat jam 4 petang. Hehe rupanya Ika masakkan Tianne lunch yay!! Sampai rumah Ika terus salin baju, pakai tshirt selesa sikit. Ika dah siap-siap hidangkan makanan, sedap ooo sambal tumis udang sapika!! Tapi manis skit ehh haahah (carut sapa tu) ada ayam goreng n kailan goreng tapi tak snap pic haha kelupaan.
Lepas makan bantai tengok tv sampai tertido. Pastu bangun tido Ika goreng nugget berger ehh mcm macam laa memang kejenya makan jela. Pastu kiteorg siap nk pegi IOI City Mall, Ika nk beli swim top dan topi nak bawak g balik katanya hehehe...





Semua gambar dlm changing room. Memang tak senonoh perangai.

Basahkan tekak dengan Thai Tea Original. Haaa ni terpengaruh dengan Kak Azura Wahab salah dia laa ni post2 dlm group dulu kan dah teringin. Tianne order Honey Lime Green Tea, Ika order Milk Tea. Rasa ok laaa xde laa bombastikkk sangat. Bak kata Ika pakai susu Gold Coin baru sedap hahaha ok tak paham.
Serbuk Thai Tea ada dijual

Gila tak menyabar dah pakai topi baru yg konon nk bwk g balik tu huhu...

Ika sedang menikmanti Thai Milk Tea, ika suh Tianne delete gambar couple blakang tu. Spoiled btol la!

Kemain suka la tu





Sunday, March 27, 2016

Kopi Menghalang Kanser Kulit Di Kalangan Wanita



Kebaikan Kopi Dalam Pencegahan Kanser Kulit

Mungkin ada yang mengatakan kopi boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan kerapa pengaruh kafeina yang terdapat dalam kopi. Namun, kopi sebenarnya mempunyai manfaat yang tersendiri kepada wanita.

Peminat Kopi Mempunyai Risiko Lebih Rendah Terhadap Kanser Kulit

Wanita yang meminum kopi lebih daripada 3 cawan kopi setiap hari memiliki risiko 20 peratus lebih rendah daripada menghidapi kanser kulit berbanding mereka yang meminum secawan kopi sebulan. Bagaimana kalau mereka yang tidak meminum kopi langsung? Pastinya lebih tinggi risikonya kan?

Jika dibandingkan dengan lelaki, ia hanya akan menurunkan risiko sebanyak 9 peratus berbanding wanita sebanyak 20 peratus. Ini adalah hasil kajian sebuah badan kajian di Amerika Syarikat. Di US, sejuta kes baru yang mengidap kanser kulit ini setiap tahun.

Daripada kajian tersebut, amalan meminum kopi banyak membantu dalam mengurangkan risiko daripada mendapat kanser kulit iaitu karsinoma sel basal (KSB).


Ianya tidak membunuh. Namun, ia berupaya untuk mengaktifkan sel kanser di tempat lain seperti sel kanser payudara dan sebagainya. Ianya boleh dirawat mengunakan kaedah kemoterapi. Kanser ini biasanya mudah dikesan pada orang putih kebanyakannya yang berusia 40 tahun ke atas.

Malah ia juga boleh ditemui pada mereka yang berkulit putih disebabkan pendedahan langsung kepada sinaran matahari. Penyebab utama kanser ini masih tidak dapat dikenalpasti. Ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, pendedahan pada radiasi daripada matahari, umur dan juga jantina.

Jadikan Kopi sebagai minuman harian

Anda semua boleh cuba Mineral Coffee untuk dijadikan minuman kegemaran anda. Selain dari rasanya yang lazat Mineral Coffee juga kaya dengan bahan mineral dan elemen mikro seperti kalsium, magnesium, kalium dan sebagainya.

Sumber :www.masalahwanita.com

            Contact your authorised agent
                     013-282 1808
              larazaman@gmail.com
                       Anne Dyana


Tuesday, March 22, 2016

10 Makanan yang dikatakan tidak sihat sebenarnya SIHAT?


1. Keju
Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar.. akan tetapi, terdapat juga kelebihan yang terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang berkualiti tinggi dan bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya.

Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi dalam protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.

2. Kopi
Minuman yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat semulajadi bahan kopi ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan kebimbangan, kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar jantung dan sebagainya.

Harus ditekankan disini, kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis. Amalkan meminum kopi kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain daripada itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Akhir sekali, ia juga dapat meningkatkan jangka hayat anda.

Kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis.

3. Durian
Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini. Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah ini.

Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi pengambilan yang tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapatkan kebaikan dari Raja Buah ini. Durian adalah tinggi dengan nilai seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C, Vitamin B6, dan folat. Ia juga tinggi dengan potassium dimana ia dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.

4. Tiram
Bau yang kurang enak serta rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini membuatkan sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc dimana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks.

Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan Omega-3, magnesium dan vitamin-E dimana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.

5. Daging Merah
Sesetengah orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang mengatakan ianya makanan yang menggemukkan dan berkolesterol tinggi.

Sebenarnya, samada ianya memudaratkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah makanan yang diambil. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.

6. Ghee
Penggunaan ghee dalam masakan amat popular lagi-lagi dikalangan masyarakat kaum India. Sesetangah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan.

Dari segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang terdapat didalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik conjugated (PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.

7. Hati Lembu
Organ dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari hidangan yang diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak berlebihan.

Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12, dan vitamin A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya Ia adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan, dan mengoptimumkan sistem imun anda.

8. Kentang
Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan tetapi, lagi sekali, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut dari kentang.

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik (GI).Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yg telah dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang adalah lebih rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas, dan apabila direbus dan dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.
Kentang dapat menggantikan keinginan anda untuk gula-gula dan roti apabila pada diet rendah karbohidrat. Selain daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang menghadapi plateu ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap leptin anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses pengurangan berat badan.

9. Sos tomato
Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari penambilan sos tomato yang kurang berkualiti dan sebagainya.

Bahan utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Oleh itu, untuk mendapatkan dan mengelakkan dari pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz adalah sos yang kurang menggunakan HFCS.

Selain daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengandungi kandungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia adalah berguna untuk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.

10. Daun Gandum
Selain bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia mengandungi klorofil. Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon, dan ia boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.


Sumber: www.kevinzahri.com

Thursday, March 17, 2016

Ikan Pari Sambal Kicap Abc

Haaaa tetiba kan? Tajuk entry ikan pari. Hari ni Tianne nak share resepi Ikan Pari Sambal Kicap Abc. Rasa memang marvelous ehhh terpuji plak hihihi.
Resepi ni dapat dr group #gms jgn tak percaya CDM IZAN kami yang kacak tu yg share k, untung lerr Kak Yati dapat husband pandai masak hehe....

Gambar dari CDM Izan ni lerr yang buat daku kecur air liur. Ikan pari memang faveret laaa kan. Tapi selalu Tianne makan yg bakar or dlm asam pedas je.


Naaaa ni lahh resepi yang dikongsi oleh CDM Izan. Tapi tianne olah skit laaa tambh asam keping je pon. Hehehe ooo lagi satu cili blend n bawang tianne tak blend skali, yang sebenarnya cili blend yg dah di blend dh mmg ada dlm peti ais so Tianne sagat bawang n halia je.


Yang best resepi CDM siap pakai 
#garambuluh dr haio k mesti lagi sedap tuhh

Haaaa yang ni gambar dari Tianne. Muaz anak sedara Tianne cakap sedap laaa ikan ni anty anne rasa macam ayam. Huhuhu.


Haaa ni la rupa garam buluh yg CDM guna. Banyak khasiat nya taw, paling sesuai bagi mereka yg berpenyakit darah tinggi.
Selain ianya baik untuk kesihatan, penggunaan Garam Buluh ini dalam masakan juga menambah keenakan apa jua masakan korang tanpa perlu menambah perisa tambahan seperti Ajinomoto. 

Boleh order dengan Tianne tau sebotol cuma Rm55

Selamat mencuba uols!!! 
Toodles.