Wednesday, February 10, 2016

Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)




BIO VELOCITY SLEEPMATE
Apakah itu tidur yang
berkualiti?

√ Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas bangun dan segar sepanjang hari. Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui.

Kita semua perlu tidur yang berkualiti setelah seharian kita penat bekerja dan bersosial.

Tidur adalah perkara penting untuk manusia. Ia juga boleh membawa maut sekiranya tidak tidur untuk beberapa tempoh tertentu. Namun, perkara yang lebih penting adalah tidur yang sempurna.

Salah satu perkara yang berlaku ketika tidur adalah otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:

  • Bayi: 16 jam
  • 3-18 tahun: 10 jam
  • 19-55: 8 jam
  • lebih 55: 6 jam

 

Tip-tip untuk memperolehi tidur yang sempurna atau berkualiti:

Sentiasa bersenam dan kekal cergas – cara terbaik menambah baik waktu tidur.

  • Bangun di waktu pagi yang segar.
  • Elak dari bersenam ketika hampir waktu tidur.
  • Senaman yang berterusan.

 

Sentiasa kekalkan waktu tidur yang teratur – akan terasa lebih segar dan bertenaga

  • Set masa tidur yang sesuai.
  • Bangun pada waktu yang sama setiap hari.
  • Elakkan atau kurangkan waktu kerja shif.

 

Cipta rutin waktu tidur yang selesa – fikiran yang tenang akan mempengaruhi tidur yang nyenyak dan sempurna.

  • Tutup TV dan komputer.
  • Sediakan katil dengan baik sebelum tidur.
  • Ritual yang menenangkan jika perlu.

 

Beri perhatian dengan apa yang dimakan – ini amat penting ketika hampir waktu tidur.

  • Jauhi makan makanan yang berat pada waktu malam.
  • Jangan tidur ketika perut terlalu lapar.

Dengan penggunaan BVSM ini juga boleh menstabilkan emosi dengan cara menyalurkan tenaga bio velocity semasa kita tidur. Dapat menghilangkan kepenatan, memulihkan keadaan badan dan menjana kembali tenaga. Dalam pada masa yang sama tenaga tersebut dapat menghindarkan aura-aura negatif. Terutama untuk wanita yang menghadapi PMS, lapik tilam ni sangat membantu bagi menstabilkan emosi.


Sumber dari Google : http://www.mentorzaiamin.com/tip-tip-mendapat-tidur-yang-nyenyak-dan-tidur-berkualiti/


PM or Whatsapp 
AnneDyana
larazaman@gmail.com

Friday, February 5, 2016

Nasi Arab with Family.


Lama nak share entry makan nasi arab,  D'Arab Cafe kat Shah Alam. Dari sehari ke sehari tapi tak kesampaian. 
Masa cuti Hari Wilayah mama Tianne ajak pegi pejabat Fama Selangor ada urusan. Selangor tak cuti so boleh la pegi kebetulan Tianne n Uncle Jul cuti so mari lah kita. Kami pergi berempat, Tianne, Uncle Jul, mama n abah. 

Awal pagi lagi Tianne dah keluar dari rumah Tianne amik mama n abah kt umah dorang kt Rawang. Then tros gerak pergi Shah Alam. Jalan ok x brapa jem, yelah KL je cuti. Selangor keje macam biasa. So tempat pertama dituju adalah Pejabat Fama Selangor di Plaza Masalam. Lepas urusan mama, Tianne singgah sekejap stokis Haio Shah Alam dekat   je sebelah tu je blakang Hotel Concorde. Tu stokis CDM Safiah dan suaminya CDM Jamsari, kebetulan pulak ada masuk order produk terlajak best herba Maharani dan Mineral Coffee. ❤️❤️❤️
Pastu mama mintak singgah Alam Sentral pulak, mama nk renew lesen SSM. Mama masuk Alam Sentral dengan Uncle Jul je, Tianne n abah duduk dlm kereta.
Then lepas abis semua urusan mama ajak makan nasi arab. Dari aritu lagi kiteorg plan nak makan nasi arab. Jadi ayuh laaa kami makan di D'Arab Cafe. Memang selalu kalo kat Shah Alam memang makan kat situ. 

Mama n abah. Sementara tunggu nasi arab abah makan rojak dulu tadi tapau depan stokis haio :p

 
Yay makanan dah sampai. Order 3 pinggan je. Mama n abah share, abah bukan makan banyak skang sejak dia sakit. Mama amik chicken rosted,tianne chicken  kabsah, dan Uncle Jul plak amik  lamb.


Mama n abah punya chicken rosted


Ni Tianne punya chicken kabsah.

Ni Uncle Jul punya... Jgn tertipu tu bukan nasi arab kosong ye


Tadaaa Uncle Jul punya kambing mmbekkkk mbeeekkkk

For me rasa nasi arab ni dh jauh menyimpang. Dulu sedap je. Sekarang macam ada kurang sikit la...:p

Uncle Jul ni tak pernah laaa amik gambar Tianne yang elok hmmm...


Nahhh balas balik amik gambar dia tgh cungkil gigi :p


Dapnya tengok mama makan. Terliur plak masa tengah taip ni.

Haruslah selfie heheheh...

Habis makan kami pun bergegas balik Rawang, hantar mama n abah. Takut nanti lewat-lewat jalan jem. Sebab time balik tu dh nk dekat pukul 4.00ptg. 
Ok lepas anta mama abah weols pon balik umh kami. 
Alhamdulillah perjalanan kami hari tu lancar.












Thursday, February 4, 2016

Bio Seleza ( Tuala Wanita Berteknologi Tinggi)

Howdy!

Untuk entry kali ni Tianne nk share skit pasal tuala wanita. Ye tuala wanita @ pad, setiap remaja dan wanita dewasa yang sudah akil baligh mesti memakai nya.
Tapi tahu kah anda tuala wanita yang terdapat di pasaran tidak selamat digunakan. Selain menggunakan bahan mentah (kertas) yang tidak berkualiti cara pembuatan juga menggunakan bahan-bahan yang merbahaya. Contohnya untuk membuat tuala wanita biasa, memerlukan kertas dan kertas yg digunakan adalah kertas kitar semula, dan kertas tersebut  telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Agen pelunturan berkarsinogenik dan agen fluoresen digunakan dalam proses tersebut. Sejenis toksin yang dinamakan Dioksin akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin ini. Dioksin adalah bahan kimia yang sangat toksik dan karsinogen yang menyebab KANSER

Ya Kanser! Penyakit yang paling digeruni setiap orang. Jadi kenapa masih menggunakan tuala wanita yg "biasa-biasa" tu jom bertukar kepada Tuala Wanita Bio Seleza.

Kenapa Anda Perlu Memilih 
BIO SELEZA

Bio Seleza merupakan gabungan fungsi tuala wanita 4 Dalam 1

Tuala Wanita yang selesa serta dilengkapi fungsi utama penjagaan kesihatan.

4 Fungsi Utama

❤️Fungsi pembasmian Bakteria
❤️Fungsi Penyahbauan
❤️Menyelaraskan fungsi fisiologi tubuh
badan
❤️Melegakan masalah sakit puan


Ciri-Ciri Bio Seleza
✔️Lembut
✔️Kering
✔️Selesa
✔️Pengudaraan baik
✔️Berkesan mencegah kebocoran
✔️Kuasa penyerapan kuat


Perbandingan antara jenama biasa dengan Bio Seleza


Stuktur Asas:
Jenama Biasa - Kertas
Bio Seleza - Kapas lembut


Lapisan penyerap:
Jenama Biasa - Kertas kitar semula dengan bahan penyerap yang sedikit.
Bio Seleza - Di import dari JEPUN dengan molekul SAP penyerap kualiti tinggi.


Lapisan Bawah:
Jenama Biasa - Selaput yang tak telap udara
Bio Seleza - Selaput yang telap udara


Lapisan pelekat:
Jenama Biasa - Pelekat gred industri
Bio Seleza - Pelekat gred makanan


Bio Seleza menggunakan empat teknologi terbaik untuk memelihara kesihatan manusia...
*Teknologi Bio Velocity Ekslusif dari Korea
*Sinar Inframerah Jauh
*Ion Negetif
*Nano Silver





Membantu menyelesaikan 1001 masalah Kesihatan Wanita :

❤️Keputihan, Kekuningan, Kehijauan !
❤️ SENGGUGUT !
❤️ Haid Tak Stabil atau Lama!
❤️Rahim Bengkak, Rahim Jatuh, Kencing Tak Lawas!
❤️ Kudis Infeksi / Kanser di bahagian luar & dalam !
❤️Perut Sebu dan Buncit ketika haid !
❤️Pening, Kurang tenaga ketika haid !
❤️Ketidaksuburan - sukar hamil 

Bagi wanita yang guna implan atau pil perancang, haid memang pening kan...
kadang tu sikittt je keluar... Sebenarnya sangat bahaya kalau ada darah kotor kita
yg tertinggal tak keluar habis kerana lambat laun akn menjadi infection di dalam
rahim dan itulah punca segala bermacam2 masalah rahim. 
JOM try Bio- SELEZA
sbb ia akan memudahkan darah kotor kita keluar sempurna..

So...JANGAN TUNGGU lagi. Dapatkan Bio Seleza anda sekarang!!!
πŸ’ƒBio Seleza πŸ’ƒ
  ❤️Bio Seleza Feminine Pad (Mixed)πŸ‘‰πŸ» RM142
  ❤️Bio Seleza Feminine Pad (Day Safe)πŸ‘‰πŸ» RM139
  ❤️Bio Seleza Feminine Pad (Nigh Safe)πŸ‘‰πŸ» RM139
❤️Bio Seleza Feminine Pad (Panty liner)πŸ‘‰πŸ» RM150
Berminat utk penerangan
 ❤️bio seleza❤️
 Whatsapp Tianne untuk order ye!





          Contact your authorised agent
                     013-282 1808
                 larazaman@gmail.com
                       Anne Dyana






Wednesday, February 3, 2016

Kenapa Setiap Wanita Perlu Memilikinya

Helo lovelies...


Tianne berani cakap hampir semua wanita di Malaysia atau pun di seluruh dunia mahu kan bentuk badan yang cantik. Cantik tak semestinya kurus tau. 
Paling tidak setiap wanita  impikan bentuk badan yang kemas dan pejal tidak menggeleber sana-sini.

Mesti semua pernah dengar korset Premium Beautiful(PB)  kan?
Bagi Tianne pengguna tegar PB since 2011 Tianne amat galakkan setiap wanita harus memilikinya. Ok hari ni Tianne nak cerita tentang kelebihan korset eksklusif ini.

Kelebihan Long Brassiere

1. Mengelakkan bengkak susu
2. Mengelakkan payudara berdarah
3. Menyokong payudara besar
4. Menggalakkan pertumbuhan payudara yang kecil
5. Meransang pengeluaran susu ibu
6. Mengelakkan gastrik

Kelebihan Long Girdle

1. Menyokong rahim selepas melahirkan anak
2. Menstabilkan hormon
3. Mengurangkan senggugut
4. Membantu perlekatan janin
5. Mencantikkan punggung
6. Mengurangkan keputihan

Kelebihan Waist Nipper

1. Menyokong tulang belakang
2. Memecahkan batu karang kecil
3. Mengempiskan perut
4. Menghilangkan 'stretch mark'
5. Membentuk pinggang
6. Elok untuk mencegah demam kuning
7. Mengubat lenguh kaki

Jom set date dengan Tianne. Kita kopi-kopi and fitting PB

           Contact your authorised agent
                     013-282 1808
              larazaman@gmail.com
                       Anne Dyana

Tuesday, February 2, 2016

Shampoo Garam Buluh (Marine Essence Bamboo Salt Shampoo)



MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING
SHAMPOO

Syampu yang pertama menggabungkan teknologi inovatif dengan ramuan
semulajadi dan botani Garam Buluh dan pheno SFE untuk membersih,
menyihatkan serta melembapkan rambut anda dalam setiap cucian.

ANDA MEMPUNYAI MASALAH BERIKUT
➮Kelemumur
➮Kulit kepala berminyak
➮Kulit kepala berkudis
➮Rambut Gugur
➮Rambut Kusut
➮Kutu
➮Rambut berbau bagi wanita bertudung

MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO dengan ekstrak
garam buluh dapat membantu mengatasi masalah di atas. memelihara
rambut dan kulit kepala dari pencemaran serta radikal bebas, menjadikan
rambut dan kulit kepala lebih sihat.

KELEBIHAN MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO
✔ Menyegarkan kulit kepala
✔ Menghalang kelumumur
✔ Menghalang kegatalan kulit kepala
✔ Menghilangkan kudis/ jerawat kepala
✔ Menyihatkan rambut
✔ Menghilangkan sakit kepala
✔ Membantu merawat stress dan kepenatan
✔ Menyuburkan dan melembutkan rambut
✔ Menghalang rambut gugur.

Produk ini tanpa kandungan sabun, paraben & SLES. Anti oksidan dan anti
bakteria. Sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
Yang paling best tentang shampoo ni ialah baunya yang WANGI dan
berangin serta lembut.

RAMUAN UTAMA

Ramuan eksklusif serta bermanfaat untuk rambut lembut, licin dan berkilau.
Garam Buluh

❥ Sumber kaya dengan mineral berkhasiat untuk menyihatkan dan
melindungi kulit kepala dan rambut.
Pheno-SFE (Ekstrak The Pu-erh)
❥ Menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel
kulit dan rambut. (Anti penuaan)
❥ Membantu memperbaharui dan memulih sel-sel kulit.
Ekstrak Kapas Biji
❥ Mengekalkan kulit kepala dan rambut dalam keadaan baik.
Protin Susu
❥ Pelembap semulajadi untuk kulit kepala dan rambut.


8 KEBAIKAN UNTUK SEKELUARGA

1) Gabungan unik ramuan semulajadi dan botani
✪ Mengekalkan kulit kepala dan rambut dengan bersih, sihat dan lembap
secara proaktif. Hasilnya rambut anda terasa lembut dan licin.
2) Tanpa Sabun
✪ Formulasi yang tidak mengeringkan. Lembut untuk kegunaan harian.
3) Tanpa Paraben
✪ Tidak merengsakan kulit kepala dan rambut.
4) Tanpa SLES
✪ Tidak merengsakan kulit kepala dan rambut.
5) Mineral Yang Bermanfaat
✪ Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan dan melindungi
kulit kepala dan rambut.
6) Anti-Bakteria
✪ Membunuh bakteria. Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala.
7) Anti Oksidan Yang Hebat
✪ Membantu menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada
merosakkan sel-sel rambut dan kepala.
8) Haruman Aromaterapi Yang Menyegarkan
✪ Pengalaman cucian yang menyegarkan.

Sebarangan pertanyaan boleh hubungi saya whatsapp +0132821808 
SHAMPOO GARAM BULUH 
MARINE ESSENCE ini anda mampu merealisasikan bayangan anda
bermandikan GARAM BULUH.... inovatif dengan ramuan
semulajadi dan botani Garam Buluh dan pheno SFE untuk membersih,
menyihatkan serta melembapkan rambut anda dalam setiap cucian.

Harga Pasaran

Marine Essence Shampoo : RM38

Nak harga super duper special? 

Contact Anne 0132821808 and bagi kata laluan 
"Saya ❤❤ Marine Essence"

Thursday, January 28, 2016

Cerita Semalam.

Assalamualaikum alls!

Saja nak share gambar semalam. Since abah sakit, memang rutin kalo abah pergi hospital ngan mama Tianne akan ambil dorang dari hospital untuk bawak balik rumah. Pagi-pagi pergi hospital adik bongsu tianne Asha akan hantar dorang. Asha n husband tinggal ngan mama dan abah. If ada appointment hospital sebelom pergi keje asha n husband dia akan hantar mama n abah kt hospital Sg.  Buloh then bile time balik mama akan call Tianne suh ambil dorang dan hantar balik ke Rawang. Itu lah rutin Tianne sejak abah sakit. Awal pagi Tianne akan bz ngan mama dan abah nti petang Tianne masuk keje. For now memang mintak ngan bos tuk kerja malam. Senang in case mama nak apa-apa, kalau malam Asha ada.

Keadaan abah makin baik sekarang tapi dia masih lagi berkerusi roda tak boleh jalan. Selalu lepas balik check up mama akan ajak gi makan. Tak kesah laaa gi mana-mana. Selalu nya kiteorg pegi Jusco Anggun kt Rawang. 
Ni gambar semalam, kebetulan Uncle Jul off semalam, so dia follow. Kalau ada Uncle Jul best sebab dia akan angkat abah hehehe kalau Uncle Jul takde Tianne lerrr angkat abah sorang sorang πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… 


Ni abah Tianne. Abah masih pakai tiub. Sebab abah masih tak boleh telah air dengan baik. Kalo minum air pakai cawan tu kena letak THICKER tuk bagi pekat skit, mama akan bagi ubat and susu melalui tiub tu.


Semalam kiteorang makan kat Chicken Rice Shop. Selalu makan kt food court je, tapi semalam mama teringin nak makan chicken rice shop.


Ni lah mama Tianne, orang panggil dia Cik yon. Orangnya lembut, baik hati dan disenangi orang. Hehe terpuji mama kita plak


Memang favourite dia la kan nasi ayam.

 
Last but not least yours truly hehe

Oklah nak mandi, nak gosok baju Uncle Jul nak gi keje. Arini kami dua-dua night shift. 
Toodlesssas 
❤️❤️❤️❤️




Wednesday, January 27, 2016

Sepetang bersama Cik Puan @nisaahmad

Last weekend ngedate bersama business partner Tianne, Nisa. Dia lah orang yang bertanggungjawab menggerak kan tianne buat business SHOM ni. Dari Tianne zero sampai la sekarang dah ada ilmu skit dia lah yang banyak bimbing selain dari rakan-rakan dari group #TheNextProject. 

So ini cerita kami menghabiskan cuti perayaan thaipusam aritu :p
Takde ape sangat aktiviti selain makan, makan, dan terus makan. Hehehe... Sambil-sambil tu kami banyak discuss hal business. Memang kalo lepas jumpe si Nisa ni semangat nak meningkatkan sales memang berkobar-kobar la kan. 
Ini laaa dia si comey lotey Nisa Ahmad haaa comey2 gini anak dah sorang okay.

Aritu kami keluar bertiga, Tianne, Nisa and anak teruna Nisa, Aidil. Kami lunch di KL Festival, makan kat Suki-ya kedai japanese steambot buffet. Harga berpatutan dan sedap, highly recommended! 


Huhu tengok tu... Memang lama lah kami kat situ. Makan slow-slow sambil menikmati. Haa tu laa anak teruna Nisa si  Aidil. Syok keluar ngan Aidil ni sporting. Melayan je perangai tak semenggah ibu dan anty anne dia ni.

Lepas makan kami pusing-pusing dalam Mall je, Nisa nak belikan Aidil sim card phone baru. So dah lepas tawaf mall tu tetiba... TETIBE YE! Hehe rasa nak mengopi, lantas... Kami pon berjalan kaki ke seberang untuk mencari secawan kopi. Gitu! Pilihan kami Zawara Coffee sebelah KL Festival je so tak payah bawak kereta, sbb kiteorg dh parking kt jockey KL Festival.  Zawara Coffee ni betol2 sebelah Malis Char kuey tiow. Bagi pencinta Malis Char kuey tiow Danau Kota mesti tahu punya. 

Apa lah yang di order 2 beranak tu. Tianne masa ni mintak Nisa order kan Coffee Butterscoth Frape. Rasa boleh tahan, harga pon berpatutan.

Haaa jeng jeng jeng ini lah minuman kami, yang kiri Tianne punya, tengah Aidil punya then yg kanan Nisa punya.


Ni Nisa yang order. Ape ke ntah nama nya yg Tianne igt Oreo je. Rasa sedap. Light-light je tak muak sangat.

Ni makanan si baby boy Aidil, Nutella choc Toast. Alaaahhh roti bakaq nutella huhu. Tianne ada rasa sikit, ok boleh tahan budak2 suka la... 


Punya lama lepak sebab kami tunggu Ika@Sapika, office mate Tianne merangkap my partner in crime and also MY BAM BAM. Budak ni punya laaa lama nak sampai sebab dia teman mama dia belanja dapur kt aeon big wangsa maju. Lantas Tianne pon ter order Churros itu hahaha. Tu je pon nak bagi tahu :p

Ha sampai-sampai terus order Buffalo Chic Wing. Lapar katanya. Tadi teman mama dia je makan dia tak makan. Hmmm boleh percaya ke huhu. Tu ngah ready pakai plastic glove nak melahap chic wing. Sekutu bersama adalah Aidil.


Yang tua perangai mengalahkan budak heheh...



Lepas borak-borak, abis chic wing kami pon beransur laaa pulang. Takut plak kena halau ngan waiter Zawara Coffee ni hehe pasal lama benar melepak ni suma salah si Sapika pasal dia sampai lambat. 

Tadi datang Tianne naik kereta ngan Nisa, kereta Tianne parking kt rumah Nisa . Tapi time balik Sapika suh naik ngan dia sebab nak teman dia cari makan lagi. Nisa n Aidil kena pulang pasal big boss dorang kt umah dah panggil balik hehe...so nti sapika anto Tianne kt umh Nisa.


Ini je pun makanan yang Sapika idam-idamkan. Huhu senang jaga budak ni untung schuben dia. Ni kiteorang makan cucuk-cucuk depan Ampang Park. Lepas makan cucuk-cucuk Sapika pon anto Tianne umah Nisa and Tianne pon pulang laaa ke rumah. Itu jelah holiday activities Tianne hehe... Hope korang tak bosan laa tengok gambar makanan je. Hahahaa.... Toodles!