Salah satu perkara yang berlaku ketika tidur adalah otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
- Bayi: 16 jam
- 3-18 tahun: 10 jam
- 19-55: 8 jam
- lebih 55: 6 jam
Tip-tip untuk memperolehi tidur yang sempurna atau berkualiti:
Sentiasa bersenam dan kekal cergas – cara terbaik menambah baik waktu tidur.
- Bangun di waktu pagi yang segar.
- Elak dari bersenam ketika hampir waktu tidur.
- Senaman yang berterusan.
Sentiasa kekalkan waktu tidur yang teratur – akan terasa lebih segar dan bertenaga
- Set masa tidur yang sesuai.
- Bangun pada waktu yang sama setiap hari.
- Elakkan atau kurangkan waktu kerja shif.
Cipta rutin waktu tidur yang selesa – fikiran yang tenang akan mempengaruhi tidur yang nyenyak dan sempurna.
- Tutup TV dan komputer.
- Sediakan katil dengan baik sebelum tidur.
- Ritual yang menenangkan jika perlu.
Beri perhatian dengan apa yang dimakan – ini amat penting ketika hampir waktu tidur.
- Jauhi makan makanan yang berat pada waktu malam.
- Jangan tidur ketika perut terlalu lapar.
Sumber dari Google : http://www.mentorzaiamin.com/tip-tip-mendapat-tidur-yang-nyenyak-dan-tidur-berkualiti/
No comments:
Post a Comment