Ok seperti yang dijanjikan ni part ke-2 Jalan-jalan KK. Punya laaa lama nak amik masa tuk buat entry ni hehe... Sorry laa ye kadang-kadang idea sampai tapi jari tembun ku penat bile jari jemari pula rasa mula nak menaip idea pulak tak sampai :p
So entry kali ni nak share pengalaman jalan-jalan ke Kundasang-Ranau-Mesilau.
Plan nya nak tengok Gunung Kinabalu dari kaki gunung dan melawat Dairy Farm-Mesilau. So kami suma bersiap awal pagi. Lepas breakfast suma kumpul di lobi hotel tunggu Abang Harzam dan keluarga. Abang Harzam pandu van sewa so keluarga Abang Harzam dan keluarga Kak Widya naik satu kenderaan. Tianne, Uncle Jul, mummy n abah naik kereta Yazeed. Kak Sheera n family pulak naik kereta sendri.
Kat lobi hotel Grand Borneo.
Hero Malaya... Kuikuikui
Haaa ramai kan. Ni baru separuh. Ada separuh lagi. Ini la keluarga besar Uncle Jul.
Datuk with cucu-cucu
Haaa yg belakang tu kemain posing
Kalo bergambar ngan budak-budak gini la kekdahnya
Tianne dan Muhammad.
Dalam jam 10pagi baru la kami memulakan perjalanan ke Kundasang. Tak banyak yang Tianne ingat masa perjalanan tu pasal Tianne tido hehe. Yelah selalu kat KL kita yant drive tapi bila kat sana orang lain pula drive, mmg mabuk la kan dengan jalan ke sana yang bengkang bengkok. Tianne, Uncle Jul, mummy and abah naik kereta Yazeed, kak Sheera and family naik kereta sendiri dan yang lain-lain naik van sewa. Bila dh dekat-dekat nak sampai Tianne dah terjaga tak tahu nama tempat tapi kawasan tinggi la, Yazeed buka tingkap memang rasa nyaman, sejuk je, macam naik Cameron Highland dulu2 lani Cameron dh tak sejuk.
Ni kira pitt stop pertama kami, kat situ ada kawasan lapang dan ada toilet, so sume pakat2 turun ada yang ke toilet. Tianne pon bergambar ngan mummy blakang tu la Gunung Kinabalu. Amazing nye slalu tgk kt tv n dalam gambar je kan.
Hero heroin hindustan
Feeling
Yang kecik pandang bawah tu Tuffy anak abg harzam dan kak mag, memang style c Tuffy amik gambar x pandang camera hehe comel.
Uncle Yazeed with anak-anak buah
Lepas dan settle amik gambar dan membuang hajat(gi toilet lerr) kami pon menyambung perjalanan ke Kundasang tak lama dh perjalanan dalam 15minit kiteorang pon sampai. Kami berhenti dulu di kawasan parking tunggu yang lain sebelum meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm Kg. Mesilau. Dah alang-alang berhenti kami pon bergambar la, memang cantik view Gunung Kinabalu ni. Mummy cakap sebelum kejadian gempa yang berlaku pada Jun 2015 kawasan gunung ni hijau je... Skang dah nampak hitam dan ada kesan rekahan. Sedih sangat kalo mengenang cerita mangsa yg terlibat dalam gempa terbabit tau.
Selepas yang lain tiba kami pon begerak menuju ke Desa Dairy Farm Mesilau, perjalanan memasuki ke ladang lembu tu memang mencabar, yelah kami bukan menaiki kenderaan pacu 4 roda, jalan disitu teruk abis, berlobang-lobang, bukan sikit-sikit ye lubangnya, jalan pun sempit, jadi Yazeed yang memandu kereta kena lebih berhati.
Yeahhh akhirnya kami pun sampai, gambar ni diambil sebelum memasuki entrance ladang lembu tu. Cantikkan view kat sana. Tianne upload di fb ada yang kata macam di Swiss hehe...
Lefamilia
Anak-anak lembu. Yang dijadi kan tarikan pengunjung.
Overalls ok laa kalau nak bawak family datang sini, tempat sejuk, tapi ada bau sikit yelah kandang lembu kan. Hehe... Cuma masa kami pergi tu terlampau ramai orang. Disitu ada juga dijual cenderahati, aiskrim yogurt, air susu lembu asli... Tianne sempat la belikan fridge magnet tuk mama n tshirt tuk ticha. Uncle Jul pulak beli tshirt tuk diriny sendiri LOL (next entry tianne tunjuk tshirt uncle jul hehe)
Uncle with Muhammad
On the way balik takde apa yang nk diceritakan. Kami straight balik ke hotel, malam tu just lepak-lepak kat hotel n shopping mall 1Borneo bersebelahan hotel je. Uncle Jul, mummy, abah, Yazedd dan 2 lagi anak buah Uncle Jul Saif dan Haizad malam tu pergi tengok movie cerita Ip man. Tianne tak nak tengok movie so Tianne n anak buah yg lain pergi Karaoke and minum-minum. Yang ikut Tianne, Sonia, Athirah, Maya n Qareena.
Ok tu jela aktiviti malam. Next entry Tianne share pengalaman pergi Pasar Philipines plak ye. Ouh keesokkan arinya kami check out dari hotel Grand Borneo. Dan akan check in kat Marina Court Condo betul-betul di town KK. Tu nanti Tianne cerita kat next entry gak ye. Stay tuned!!! Toodles!!
No comments:
Post a Comment