Tuesday, January 26, 2016

Jalan-jalan KK (part 1)

Howdy!
Rasanya entry ni dh basi sangat dok peram bukan main lama. Last year punya cerita hehehe. Alkisah last year during Christmas (25th-29th Dec 2015)my schuben Uncle Jul plan nak bercuti. Mostly every year kami mesti balik Sandakan kampung dia, tapi tahun ni Uncle Jul plan ngan family dia nak bercuti di Kota Kinabalu (kk). Actually adik beradik uncle jul memang ramai menetap di KK, yang tinggal di Sandakan cuma mummy, abah dan family Kak Sheera, yang lain family Abg Harzam, Kak Widya semua di KK. Adik Uncle Jul yang bujang Fahd n Yazeed pon di KK. So Uncle Jul cakap ayuh la ke KK. Plan nak pigi Kundasang nak jalan-jalan di Dairy Farm di Mesilau selain tu nk tengok Gunung Kinabalu. Tianne memang teruja la coz selalu tengok kat TV and gambar je kan. Plan asal nak pegi hotspring sekali tapi cancel last minit pasal sampai di Mesilau pun dah lewat hehe. Perjalanan sangat la adventure for me la dorang yang lain tengok steady je. Perjalanan mcm nak naik Cameron Highland tu tp perjalanan ke Cameron jalan berbukit dan berpusing-pusing tu ambil masa kira dalam 1 jam je kan ni bayangkan 4-5jam gitu. Walaaaweiiii.... Tianne yang dah biasa drive ni bile jadi penumpang memang lembik la rasa nak muntah suma lengkap. Tapi buat-buat. Steady je lah pasal tengok yang lain okay je. Okay laa since cerita dah lama sangat Tianne pon dah banyak lupe hehehe kita layan gambar lah, ni gambar pergi Kundasang-Mesilau-Ranau-KK


Ni kat KL lagi, budak Comey @nisaahmad tolong anta kt TBS


 Masih di KL hehe Uncle Jul terpaksa laaa layan isteri dia yg suka berselfie ni



Tungu nak take off.


Okay ni dah sampai Airport Kota Kinabalu. Sampai je kiteorang cari mummy n abah, pasal dorang pon naik flight dari Sandakan. Family Kak Sheera dah sampai sehari sebelum kami.

Ni mummy Uncle Jul my mother in law. Cikgu pencen. Hehe orang taman rimba mesti kenal kan Cikgu Hajjah Tessie. Dah jumpa mummy abah, kami tunggu Yazeed adik bongsu Uncle Jul, kejap je Yazeed kerja di Airport ni. Yazeed baru lepas grad dip in tourism so sementara tgu mo sambung degree dia kerja dulu di Company Kereta Sewa. Haaa sapa-sapa nak jalan2 KK boleh contact Tianne nanti Tianne bagi contact Yazeed tapi yang nk berkenalan tu harap maaf la dia dh berpunya hehe... 

Yang depan tu la Yazeed adik Uncle Jul, haa ensem kan like his brother laaa heloo buli bah kalo ko 😜 

Ni dekat Tanjung Aru, sebenarnya ni on the way nak pegi rumah Abang Harzam dan Kak Mag. Saje singgah nak tunjuk kat budak KL ni hehe... Lagi tunggu time nk check in hotel. Walaupun nampak terik tu tapi masa tu baru pukul 10 pagi, check in pukul 2 petang. Kejap je amik2 gambar then gerak umh Abang Harzam, igt nak makan kt situ tapi kedai suma baru mula operasi. So tak jadi la kami breakfast di rumah Abang Harzam je.


Lepas pergi rumah Abang Harzam, masih lagi awal nk check in so Abah ajak makan sup kat tempat favorite dia, tianne pon tak ingat nama tempat ni tapi mcm dekat2 dengan Bus Stand 😜. Abah makan sup tulang, mummy makan meehun sup, tianne makan bakso, uncle jul n yazeed tianne lupe laa makan apa sebab x snap pic

Tianne makan ni Bakso, mak aihhh sedap okay, ni kecur air liur masa menaip. Hmmm terkenang kenang.






Lepas makan kami semua gerak ke hotel untuk check in, tp bilik tak ready lagi lantas terdampar laaa selama 1 jam di lobi. Kami stay di Grand Borneo Hotel, hotel ni sebelah Shoppping Mall 1 Borneo Sabah, hotel dan mall ada connection memang best sangat la kan. 2 malam je kat sini sebab hotel ni jalan mengarah ke Kundasang. So senang nak gerak. Ouhh plan ke Kundasang keesokkan hari nya. Family Kak Sheera duduk hotel sebelah, pasal hotel kami fully booked. Uncle Jul mmg dah awal2 booking 2 bilik tuk kami and mummy dan abah. Tapi swimming pool hotel Kak sheera lagi best :p
Hari pertama takde apa la sangat lepak hotel jalan2 kak 1 Borneo jelah. Malam kami dijemput dinner di rumah auntie  Uncle Jul. So lepas Maghrib Tianne pon siap-siap nak pergi rumah auntie Sarma 

Yang cik abang tu bantai tido. Jet leg ke uols hahaha. Penat pikul beg sebenarnya tu. Hmmm bangun lahhh tianne masa ni memang dh lapar ya amat. Last tadi makan bakso jelah. 

Ni kat rumah auntie Sarma. Auntie Sarma yang paling kanan tu, yang tengah 
Uncle Kennedy , uncle ken n auntie Sarma adik mummy. Malam tu kami di jamu nasi briyani, ayam kurma and sayur campur. Sumpah sedap, auntie Sarma memang pandai masak, gambar makanan memang tak sempat snap pasal dah lapar sangat :p
Ok yang 3 belakang tu sepupu Uncle Jul, yang sebelah Uncle Jul dan yang paling kanan tu anak auntie Melinda, auntie Melinda time ni tak de dia pegi Pulau Pinang. Dan yang baju merah tu(bukan baju merah sebelah tianne taw) haaa yang tu anak Auntie Sarma, Ibrahem. 

Lepas makan kami pon mintak diri balik hotel. Sampai hotel ape lagi tidur laa... Sebab esok awal pagi nak gerak pigi Kundasang. Oklah mata Tianne pon dah berpinar yelah update blog guna ipong memang tak efficient lansung.... So aktiviti ke Kundasang kita sambung next entry laa ehh... Jangan marah! Ok meh belanja teaser skit gambar kt sana



Gitewwww! ❤️❤️❤️❤️

Toodlessss!

No comments: